Saturday 22 October 2011

Realiti TV

Realiti tv : Kesan terhadap kehidupan golongan muda masa kini

Pengenalan
Program realiti tv adalah satu genre rancangan yang amat diminati oleh semua orang terutama sekali pada golongan muda masa kini. Ini kerana program ini banyak memberi impak kepada kehidupan seharian golongan muada ini. Sebagai contoh, rancangan realiti yang paling popular di Malaysia adalah Akademi Fantasia yang telah mula diperkenalkan sekitar tahun 2001 oleh stesen tv berbayar iaitu Astro. Akademi  Fantasia telah mencetuskan satu fenomena yang lain dari rancangan tv yang ada pada masa itu. Sehinggakan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata ingin mengundi artis amatur pujaan atau kegemaran mereka. Ini kerana program ini seolah-olah telah 'merasuk' minda dan fikiran golongan muda ini untuk ke arah hiburan yang boleh melupakan diri. Jangan ada yang salah anggap dengan kenyataan saya ini, melupakan diri bukan bermaksud sampai nak bunuh atau menggadai apa yang ada...lupa diri ini merujuk kepada lupa yang mereka ada tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,agama dan bangsa. Contohnya pelajar, mereka lupa pada pelajaran yang menyebabkan pelajaran mereka merosot akibat terlalu leka dengan rancangan realiti tersebut. Oleh sebab itu, mereka juga lupa kepada cita-cita yang mereka impikan selama ini gara-gara ingin menjadi popular seperti 'pelajar akademi fantasia'. Ada yang berkata..buat apa belajar pandai-pandai...masuk AF boleh jadi glamour dan kaya..
Belum habis lagi episod AF ada pulak stesen-stesen tv yang lain telah membuat rancangan realiti yang seakan-akan seperti itu. Stesen-stesen tv berlumba-lumba mengaut keuntungan dari program realiti ini. Mereka tahu bahawa program realiti adalah satu fenomena yang baru dalam arena rancangan tv.